Wednesday, June 8, 2011

Aku dan Dia . ..

Hye u all... Assalamualaikum... kali nie scha nak try buat satu novel pendek(cerpen) untuk pembaca blog scha.. Nie first time scha wat cerpen nie ... agak susah jugak laa nak perah otak wat cerpen nie, tapi demi permintaan sahabat-sahabat scha yg nak lagi entry mcm nie scha turutkan juga.. Hope u all enjoy reading this..







Kesunyian malam terus menemani setiap hela nafas ku, detik-detik waktu terus bergerak berlalu pergi.  Jarum jam di dinding menunjukkan angka dua pagi, entah mengapa sepasang mata ini kian payah unyuk dilelapkan. Apa lagi yang terdaya aku lakukan pada waktu begini?  Jari-jemari ini kian lincah bermain di atas keyboard komputer riba yang dihadiahkan oleh ayahanda tercinta setelah aku berjaya menyambung pelajaran di peringkat diploma. Sepasang mata ini juga melekat di skrin komputer tatkala terpandang wajah seseorang yang sangat ku sayangi dan rindui.





***
"hye awak", tiba-tiba saja muncul chat dari facebook. 'Alaaa, mcm mna boley lupa nak offline chat nie, da laa mls nak chat dengan org x kenai', bebel ku didalam hati. Dalam keadaan terpaksa, aku pon membalas chat nya dengan ' hai :) ' , nanti kalau aku tak reply cakap aku sombong plak. Tapi sebelum tuu aku nak check dulu latar belakang dia. Aku pon terus klik nama dia dan terus keluar page facebook dia. Akmal Amin, umur 16, duduk jb, status: single. Aku pon klik back untuk kembali ke page aku. "owh budak jb ea? area mna?", balas aku dalam chat. "yup! area bandar jb laa, awak nak no fone boley? sy nak offline da ni", balas nya semula. 'Aduh, nak no fone laa plak,urm bagi jew laa, mana tau boley jadi bf aku ka nanti'. Omel ku lagi di dalam hati."nie no sy, 017-434...., tapi sy jarang topup tau sbb sy nak PMR taun nie", balas ku semula. Tak lama kemudian telefon nokia 3310 aku pon berbunyi. Al-maklumlah baru nak menginjak remaja guna jew la fone apa yg ada janji pakai handfone. 017-634.... calling... ' ish no sapa plak nie..', "Ehem2! hello, sapa nie?", jawabku di talian. "Nie Akmal laa, yg mintak no awak kt fb td", jawabnya. "ni no sy tau, jgn lupa save plak", tambahnya lagi. "owh Akmal, urm okaayy!", balas ku semula. "boley mcg tak ni?", tanya Akmal. "boley2", jawabku. Akmal terus meletakkan fone selepas salam yang diberi dijawab olehku. 'buzz.buzz. 1 message received'. Aku pon bukak laa mcg untuk baca, Eh! mcg dari Akmal.. tersenyum lebar aku tatkala membaca mcg nya 'comel laa suara awk mcm muka awk'. Sejak malam itu aku menjadi rapat dengan Akmal, aku rajin mcg dan kadang-kadang aku menelefon nya. Hampir setiap malam sebelum aku tido pasti Akmal akan menghubungi aku. Bez sgt waktu tuu, terasa mcm dunia nie aku yang punya. Malam tuu, aku tunggu Akmal kol aku sampai pukul 2pg tunggu tp dia tak kol. Akhirnya aku tetido. Tiba-tiba buuuzz..buzzzz..buuuuzz! Fone yg aku letak bawah bantal bergegar, aku lantas mengambil fone dan tertera nama 'Akmal' di screen fone. 'Awk sori ea? td gf sy kol', terlopong aku tatkala mendengar percakapan nya. 'awk daa ad gf ea? knp sy x tawu pon? sp gf awk tu? umo brpa? stu tmpt dngn awk kew?', bertubi-tubi soalan aku tanya pada Akmal. 'a'ah sy da ada gf, tapi dia tua 2 thun dari sy, dia budak mlaka tp sekarang blaja kat perlis, maaf ye x ckp ngn awk, tp awk jgn risau, awk x ganggu pon hubungan sy ngn die sbb sy ngn die selalu gado dan td sy kol die sbb nak minta putus. Dia banyak da tipu sy, rupanya dia da ad bf baru kat sne', balas Akmal. Aku berbual dengan dia sehingga laa jam 5pg. Sejak malam itu hatiku berbunga riang tatkala mendengan lagu 'mambai-kau ilhamku- kerana lagu tuu laa yg dinyanyikan kpd aku pada malam dia nak jadikan aku sbg gf nya. Sejak malam itu, aku dengan Akmal adalah pasangan kekasih. Hidup aku memang bahagia dengan kekasih ku yg bernama Akmal Amin b Amirul.

***

'Hello b! b.. syg dapat masuk skola teknik. Hujung bulan nie da kena daftar', 'owh yeke? bgus laa, belaja rajin-rajin tau! b pon da kena study hard nie sbb taun nie nak SPM', Urm tp b tak sedih kew syg nak pergi masuk asrama? nanti syg da x dapat nak mcg n kol b lg', 'Ala, public fone kan ad syg? nanti syg kol laa gne public..b akn sentiasa tunggu panggilan dari syg okaay!', 'urm okaay laa, nanti syg kol b gne public tau!', ;okaayy, urm syg! b nak siap nie, ad extra class kat skola, nanti b blik b mcg syg okaay!', 'okaayy b, bye, i love u, jgn noty-noty tau!' 'okayy syg, love tuu, syg pon sme tau!', Aku terus matikan fone aku lepas cakap dengan Akmal. Sejak hari itu aku agak bz mencari barang-barang keperluan aku yg nak dibawa ketika masuk ke sekola teknik nanti. Kebetulan aku kena duduk asrama. Malam tuu mcm biasa aku mcg Akmal, tapi hanya sementara saja sbb Akmal kena sambung study. Malam-malam aku kian sunyi apabila Akmal seolah melupakan aku kerana terlalu mengulang kaji perlajarannya. Aku sedar dia akan menghadapi peperangan besar hujung tahun nie, tapi aku perlukan perhatian dari dirinya juga. Malam tuu aku ambil keputusan untuk menelefon nya.. "hello b! sori kalau mengganggu b, tp syg rindu b sgt-sgt..da lama x dengar suara b.", "alololo, kesian syg b nie, maaf laa ea.. b terlalu sibuk sehingga lupa nak kol syg", "urm jangan-jangan b ad gf laen ap?", "ish ap laa syg nie, kesitu plak dia, b da dpt awex yg cantik mcm syg nie tak kan laa b nak lpaskan.. rugi tau! b untung sgt sbb dpt syg", " eh mana ad, mana cantik pon..b nie laa!", Selepas selesai berbicara dengan Akmal di telefon aku pon mematikan fone aku. Aku rasa bersalah dengan Akmal, mungkin Akmal jatuh cinta dengan aku sebab aku meletakkan gambar yg palsu di fb. Ya! gambar palsu, aku terjumpa gambar tersebut di photobucket dan terus menjadikan sbb image profile fb aku. Aku tidak tahu bagaimana nak memberitahu Akmal soal ini, aku takut dia tak dapat terima aku kerana aku telah menipunya. Hingga lah pada suatu hari, "hye syg! syg buat ap tuu? da mkn belum? urm jelez laa b, td b bukak fb syg ramai yg komen gmbr syg ckp syg cantik! b takut laa awex b nie kena kebas ngan laki lain, b sayang syg sgt2 tau! syg jgn curang tau! okaay laa, mesti syg ngah bz kan skunk nie, besok kan syg da nak gerak g asrama. Nanti sebelum tido kol b dulu ea? okaay bye sya. i love so much! muaaahhcx kt syg b yg cantik nie! deras mengalir air yg turun membasahi pipi aku tatkala aku membaca message tersebut. 

***
Kini aku sudah 17 tahun dan bakal menempuh peperangan besar , bf aku pun kini sudah berjaya menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan sains fizik. Hubungan aku dengan dia bertambah baik selepas aku memberitahu dia perkara yg sebenar tentang gambar aku di fb ketika hari aku masuk kesekolah teknik. Alhamdulillah dia dpt menerima dengan baik dan meminta aku untuk memasukkan gambar aku yang sebenar. Jarak percintaan kami yang jauh menyukarkan kami untuk berjumpa di antara satu sama lain. Kini, aku sudah tidak perlu lagi susah payah intuk turun ke public fone menghubungi bf aku kerana aku sudah berani membawa fone ke asrama. Al-maklumlah aku kan senior. Aku rasa da terlalu hebat apabila menjadi seorang senior. Kini aku seperti mula-mula kenal Akmal dulu, tidak lagi seperti tahun lepas, seminggu 3x jaa aku dpt kol dia. "wei Aza! aku dengaq ptg nie warden nak buat spotcheck! hang bek p simpan fone hang, sat g kena rampas..sia-sia kot! Akmal kemana, handfone kemana". beritahu mira rakan dorm aku. Aku pun terus kol Akmal yg kemungkinan aku tidak dapat kol n mcg dia buat sementara waktu sbb warden nak buat spotcheck. Handfone aku, terus aku pass pada budak laki kelas aku iaitu Amirul. Aku percaya pada Amirul kerana Amirul merupakan rakan baik aku di dalam kelas. "wei hang tolong simpan sat fonr aku, aku dengaq warden nak buat spotcheck ptg nie", beritahu ku padanya ketika aku di dalam kelas. "ha okaayy, tp aku nak pinjam sat boley tak? nanti aku topup balik kat hang. Aku nak mcg awex aku laa, handfone aku hilang". jawabnya. "ha pinjam laa, tapi lusa nie aku nak balik tau sbb aku nak bg kat mak aku, mak aku nak mai minggu nie amek fone", tambah ku lagi. "ha okaayy, hari jumaat nie aku bagi". "hang jga leklok fone aku tuu, aku baru beli tuu".jawabku lagi. Aku berasa lega sekali petang tuu kerana aku terlepas dari spotcheck. Ramai juga yang tidak puas hati dengan aku sebab aku terlepas. "wei Aza! hang tak p rehat ka?", tanya Aeril ketika aku dalam kelas. "urm malas r aku, wei fone aku elok ja kan? tak sabaq nie aku nak balik besok nk mcg balak aku", "wei aku nak cakap something nie, tapi hang jangan mara", "apa dia?", berdegup kencang jantungku tatkala mendengar jawapan Aeril mengatakan handfone aku hilang dicuri. Apa lagi, meraung laa aku waktu tu. Habis semua meja n kerusi ditendang oleh aku. "wei, relax-relax, aku janji.. nanti aku ganti balik. Aku ganti dengan handfone aku yg baru". kata Aeril sedikit menenangkan aku. Aku telah menceritakan apa yang berlaku kepada bf aku. Nasiblah dia faham dan meminta aku bersabar dengan ujian tersebut. 5bulan aku tidak menghubungi nya kerana tiada handfone, kadang-kadang saja aku menelefon nya menggunakan public.

***
Selepas tamat sekolah, aku telah mendapat fone baru dari family aku. Janji Aeril yg mahu mengganti semula handfone aku yg hilang bohong semata-mata. Aku terus renew semula no lama aku yg hilang. "hello b! syg nie", "woi! ko bg balik tepon awex aku! ko jgn nak sayang-sayang laa dengan aku! aku tak syg ko! aku nak ko bg balik fone nie kat dia sebelum aku bunuh ko!". jerkah bf aku tatkala aku menelefon nya untuk memberitahu yang aku sudah renew semula no aku da aku dapat handfone baru dari family aku. TApi segala usaha aku hanya lah sia-sia kerana dia sama sekali tidak mempercayai aku. Apa benar dia tidak mempercayai aku? atau hanyalah lakonan semata-mata kerana dia sudah ada kekasih baru. Bisik hatiku. Air mataku, laju menurun ke pipi setelah lagu kau ilhamku berkumandang di radio. Aku tak tawu apa lagi yang harus dilakukan supaya Akmal percaya dengan kata-kata ku. Akhirnya, aku inbox dia di fb nya sendiri. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat picture profilenya sudah berubah. Akmal bersama seorang perempuan yg begitu mesra sekali. Status in relationship pun sudah bertukar kepada in relationship with Natasha Humaira. Bagai kaca yang terhempas ke lantai, itu lah yang boleh digambarkan hati aku tatkala melihat keadaan itu. Hati perempuan mana yang tidak sedih apabila melihat kekasih sendiri bersama orang lain. Cinta jarak jauh memang memeritkan. Aku mengaku, mungkin dia sudah bosan dengan aku, yelaa aku kan jauh, nak mcg susah sbb aku tak dak fone, nak kol susah, apatah lagi nak jumpa. Aku terima kenyataan itu dengan hati yang terbuka. Memang agak sukar untuk aku melupakan nya, kerana dia adalah insan pertama yang bertahkta di hati ku ini. Benar laa apa yang selalu ku dengar cinta pertama memang susah nak lupa. Ya, itulah yang aku hadapi sekarang. Tapi apa kan daya aku tabahkan hati ku juga untuk terus hidup. Aku telah pun berkerja di restoran pizza hut sementara menunggu keputusan SPM dikeluarkan. Kini sudah 3 bulan aku berkerja disana, semakin lama semakin hilang Akmal dari pandangan aku. Hinggalah pada suatu hari ketika aku berkerja aku mendapat satu pesanan ringkas dari Akmal yang berbunyi : 'Salam..Akmal tawu Akmal da melukakan hati Aza, maafkan Akmal ya! mungkin sekarang Aza benci pada  Akmal setelah apa yang Adi lakukan pada Aza suatu ketika dulu. Akmal betul-betul minta maaf. Tapi dalam hati ini masih terpahat nama Aza. Tiada gadis lain yang dapat mencuri hati Akmal melainkan Aza, Akmal sangat berharap agar Aza maafkan Akmal. And the last one, Akmal harap Aza dapat turun kl next week sbb hujung bulan ni Akmal akan berangkat ke Michigan State University untuk melanjutkan pelajaran. Salam sayang dari Akmal Amin. Sekali lagi menitis air mata ku membasahi lantai bumi tatkala membaca mcg tersebut. MEmang tak dinafikan yang aku masih sayang akan Akmal. Aku pun telah mengambil keputusan untuk berangkat ke kl pada minggu hadapan untuk berjumpa dengan bekas kekasih hatiku Akmal Amin. Aku bermalam di rumah sedara aku yg tinggal di Kuala Lumpur. Keesonkan harinya, aku pun bertemu la dengan Akmal Amin Amirul di midvalley . Sedih hati aku apabila melihat wajahnya bertambah sedih apabila dia datang dengan bakal tunangnya Natasha Humaira. Ya, Akmal Amin akan bertunang dengan Natasha Humaira sebelum mereka sama-sama berangkat ke luar negara. Hanya Allah saja yang tahu betapa tabahnya hati aku tatkala berdiri dihadapan mereka. Akmal telah memohon maaf atas segala yg berlaku dan memberi aku seutas rantai yang berloketkan AA- Akmal Amin

***

"Uiks! tak tido lagi kau Aza?", tanya eryn roomate aku. Aku kini sudah berjaya bergelar seorang pelajar ijazah sarjana muda UTM skudai johor dalam jurusan kejuruteraan awam. Bidang yang sama ketika aku di sekolah teknik dahulu. Tersentak aku dengan teguran Eryn itu, terus hilang pandangan Akmal Amin dari kotak fikiran ku. Aku terus sign out facebook aku dan tutup semua gambar-gambar Akmal Amin di dalam lappy aku ini. "Urm ni nak tido laa, aku baru siapkan tugasan yang diberikan oleh En.Jamal, minggu depan dia nak tengok", balas ku. Aku memang suka siapkan segala tugasan yang diberikan oleh lecturer ku awal-awal, kerana pada hujung minggu aku akan tido dan berehat sepuas-puasnya. "Okaayy, sampai disini saja kelas kita untuk hari ini, saya harap....."maaf tuan maaf, saya lambat ke kelas, saya terlewat bangun tadi",kataku sambil bergegas ke tempat duduk.  "it's okaay! lagipun saya baru saja tamatkan kelas untuk hari ini, kalau ada apa-apa yg nak tanya boley tanya kawan kamu atau berjumpa dengan saya sendiri di pejabat, okaayy u all semua boley bersurai", tambah lecturer ku lagi. "wei! sapa tuu? lecturer baru kaa? handsomenyaa!", tanyaku kepada niesa sambil usha pensyarah ku keluar dari dewan kuliah. "yola, yang ko nie apsal lambat? tido lambat ea semalam?", "ala, aku siapkan assigment En. Jamal tuu, minggu nie kita nak g camping dkt taman negara", jawabku lagi. "owh aku hampir lupa benda tuu, balik nie aku kena siapkan laa assigment tuu, kalau tak.. tak dapat laa aku join camping nie, da lar En Amin ketua campign ni", bebel niesa lagi. "okay saya  harap  kamu semua dapat patuh segala arahan Zahiril selaku penghulu kamu dan kamu saya lantik sebagai penghuluwati untuk camping kali ini", ulas En.Amin ketika kami mahu bertolak ke Taman Negara dan aku dilantik sebagai penghuluwati. "owh how come laa! apasal aku plak nie", bebel aku pada teman-teman aku. Setibanya di Taman Negara kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 10 orang. Seterusnya, kami dibahagikan tugas, ada yg kena pasang kemah, ada yang kena cari bahan untuk masak dan sebagainya.
Segala aktiviti berjalan lancar dari hari pertama hinggalah pada malam terakhir kami disitu. Pada malam itu, kami tidak dibenarkan untuk tidur kerana En.Amin ingin mengadakan 'walk alone' untuk malam terakhir. Bermacam-macam ragam, ada yang menjerit ketika dikejar hantu, ada yg menangis, ada yang patah balik dan paling teruk ada yang pengsan! Dan orang itu adalah aku! Ya, aku pengsan ketika walk alone. Mana tidaknya, aku nie da lah penakut suruh plak jalan sorang-sorang dalam hutan yg gelap dan dikelilingi oleh pocong-pocong buatan manusia. Nasib laa,tidak ada apa-apa yg serious cuma luka sedikit ja di tangan.

***

"Wei, hang ada nampak aku punya rantai tak?", tanya ku kepada Eryn. "rantai yg mana?", tanyanya kembali. "ala rantai yg ada loket AA tuu, yg selalu aku pakai tu". jawabku sambil mencari-cari rantai tersebut. 'aduh, tak kan hilang kot..mesti jatuh masa aku pengsan kat kem hari tuu'. bebel ku dalam hati. "jangan-jangan jaatuh kot mse kat kem haritu". jawab Eryn. Air mata ku terus jatuh setitik demi setitik. "wei, chill laaa! x kan laa rantai mcm tu hilang ko nak nanges? aku boley buatkan untuk ko balik nanti.", celah Eryn. "hang tak paham! tuu pemberian org yg aku sayang selama ni", bentak ku. Aku terus panjat katil dan Eryn terus keluar dari bilik. Teman-teman ku semua sudah masak dengan perangai ku, bila aku badmood jangan sapa yg berani nak kacau. Aku ke kelas dengan keadaan yg tidak bermaya, mana tidak nya selalu Akmal Amin sentiasa dekat dengan ku, kini dia sudah tiada lagi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Mungkin Akmal Amin telah selamat menikah dengan pilihan hatinya Natasha Humaira dan dia bukan milik ku lagi. Selesai saja kelas hari ini, aku pun melangkah keluar dari dewan kuliah. Tiba-tiba " kamu, ikut saya sebentar kebilik", arah En.Amin kpd ku. 'Aduh, kenapa plak nie? jangan laa cakap dia da jatuh hati dengan aku lepas dia tolong angkat aku waktu aku pengsan tempoh hari'. omel ku di dalam hati. Aku pun melangkah masuk ke bilik En.Amin. Terpaku aku tatkala melihat bilik itu, sungguh bersih, kemas dan cantik. Dekorasi dalam bilik itu pun sungguh tenang. Gambar seorang budak laki bersama En.Amin memenuhi ruang meja beliau. 'Anak dia mungkin', bisik ku di dalam hati. "Yang awak tercegat lagi kat situ buat apa? duduk la sini". arah En.Amin kepadaku. Lantas aku menarik kerusi dan duduk. "Urm ada apa En.Amin panggil saya kemari?". soalku kepadanya. "Saya nak tanya, rantai nie kamu punya kew?", soal dia kembali kpd ku. Terkejut aku tatkala rantai yg berloketkan AA dipegangnya. "Ya, ini rantai saya, mana En jumpa rantai nie?", soalku kembali. "Saya jumpa masa kamu pengsan di kem tempoh hari, boleh saya tahu mana kamu tempah rantai ni? sebab ukirannya cantik sekali", "Urm nie pemberian bekas kekasih lama saya". "owh yeke? untung bekas kekasih awk sbb dpt gf mcm awk, da laa cantik, baik, pandai palk tuu". puji En Amin kepadaku. Tersipu malu aku ketika itu. Setelah mendapatkan rantai yg diberikan oleh En Amin aku terus meminta izin untuk keluar. 'Kenapa aku rasa len mcm jaa bila dngn dia? jantung aku pon bedebaq-debaq! pasaipa ea? tak kan aku jatuh cinta dengan dia, ish tak mau aku, da laa pensyarah aku'. Bisik ku di dalam hati. 


***

Kini, segala penat lelah usaha aku berakhir. Majlis konvokesyen bagi pelajar  ijazah sarjana muda bakal berlangsung tidak lama lagi. Kelihatan ramai ahli keluarga yang datang memeriahakan majlis. Tidak lupa juga, orang tua ku turut hadir bagi meraikan kemenangan aku pada hari ini. Setelah tamat majlis aku pun melangkah keluar dewan dan mendapatkan kedua ibu bapa. Menangis ibu ku tatkala melihat segulung ijazah kini ditangan aku. Hati ku turut merasa sedih bercampur gembira tatkala melihat ibuku menangis. Mana tidaknya, ini lah pencapaian yang ingin dilihat oleh ibu bapa aku sepanjang aku belajar disini. AKu turut pergi bertemu dengan rakan-rakan yang lain untuk mengucapkan tahniah. KAmi turut bergambar sama tatkala jurugambar datang untuk mengambil gambar. TIba-tiba aku mendapat sejambak bunga besar dan seekor beruang teddy yg dihantar oleh pengirim bunga. Di bunga itu, terdapat satu nota ringkas : 'Tahniah Nur Syamimi Azza atas kejayaan ini. Awak pantas mendapatkan nya. Saya tunggu awak di KLCC restaurant malam ini jam 8.00 PM'. Aku masih membelek-belek kad tersebut untuk cari nama pengirim, tapi hampa kerana tiada nama pengirim tertera disitu. Malam tu, aku pon bersiap-siap la untuk berjumpa dengan secret admire aku. Argh perasan! ketawa ku. Aku pun terus menuju ke tempat yg dijanjikan, setibanya aku disana waiter terus membawa aku kepada tempat yg sepatutnya. Tergamam aku ketika melihat keindahan suasana yang terdapat disitu. Mana ttidaknya, sebelum ini aku tidak pernah pergi makan ditempat byg semewah ini. Ini laa kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam restoran KLCC nie. Tiba-tiba seorang lelaki yang tinggi 185cm dan kemungkinan mempunyai berat sebanyak 70kg melangakah masuk, terpukau aku dengan ketampanan yang dia miliki. Ya Allah, anugerah Allah nie memang sungguh indah. Alangkah terkejut apabila lelaki itu duduk dihadapan aku iaitu semeja dengan aku. Macam nak terjatuh jantung aku waktu itu, tapi nasib aku sempat menahan nya supaya tidak jatuh, kalau tidak mungkin aku akan mati di situ. Aku amati betul-betul wajah tuu kerana wajah tuu seperti penah aku kenal. Ya memang aku kenal kerana dia adalah Akmal Amin b Amirul. Tak salah lagi, dia adalah bekas kekasih aku seketika dahulu. "Awak buat ap kat sini?", soalku tatkala suasana diam membisu. "Saya datang nak jumpa tuan empunya rantai yang berloket AA yg dijumpai oleh abang saya ketika dia pergi campign di Taman Negara dua bulan lepas", katanya lagi. "Jadi En.Amin tuu abg awk?", "yew  die abg sy, dan die laa yg bagi tahu sy awk belajar kat sini". "tapi mcm mana abg awk tahu yg saya nie bekas kekasih awak?", "sebab dia yg teman saya tempah rantai tu untuk  awak". "Owh, urm mcm mana awk sekarang? sihat ke? da lama kita tak jumpa? da berapa org anak awak sekarang?", tanyaku bertubi-tubi. "Awk ni dari dulu sampai sekarang x berubah, suka tanya soalan bertubi-tubi. Alhamdulillah saya sihat sekarang, saya belum sempat ada anak kerana isteri saya lari meninggalkan saya". jawabnya selamba. TErdiam aku seketika. "Saya tawu, awak mesti ingat Natasha Humaira kan isteri saya? Maaf laa, saya tak sempat beritahu awak yg sebenarnya Natasha Humaira tuu kembar saya. Kami mmg rapat. Masa kat mid valley tuu sy nak bg tahu awk yg dia bakal bertunang hujung bulan sebelum kami berangkat ke luar negeri. tapi awak da lari dulu sebelum saya sempat bagitahu. kan saya da cakap tiada gadis lain yg dapat mencuri hati saya kecuali Nur Syamimi Azza binti Ismail". terangnya dengan jelas sekali. Sekali lagi dia membuat jantungku  melayang tapi nasib sempat dia sambut dan terus melamarku menjadi suri dihatinya.


***

Kini, aku Nur Syamimi Azza binti Ismail sah menjadi isteri kepada Muhd Akmal Amin bin Amirul. Dan kini aku telah mempunyai sepasan kembar yang bernama schamina edora dan schamira edora. Semoga dengan kehadiran kembar tersebut akan menceriakan lagi hubungan aku dan dia. Aku kini telah berjaya menjadi seorang engineer yang berjaya  dan suamiku pula berjaya menjadi proffesor di sebuah IPTA.. SEmoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat.

p/s :Alhamdulillah akhirnya siap juga novel pendek aku nie. Scha harap kpd semua pembaca dapat komen tentang karya yang ditulis oleh scha. Maaf kalau ada tersalah kerana ini kali pertama scha cuba buat novel pendek nie. Scha harap semua terhibur. Komen-komen anda sangat dihargai. KEpada nama-nama watak diatas, scha mohon maaf sekiranya terdapat persamaan, ini hanyalah rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup dan yang telah pergi.

belum baca lagi kisah schamira edora dan schamina edoraklik sini untuk baca
okbai :)

17 comments:

  1. nice story..teruskan berkarya..

    cuma untuk cubaan akan datang tolong selangkan setiap dialog..for example :

    "Kau suka dia?" tanya Erin.

    "Hanya Allah yg tahu.." jawab aku..

    err..hehe..just pendapat..senang sikit nak baca.. gudluck :)

    ReplyDelete
  2. nice..teruskan usaha..cayoik..awak memang berbakat..

    ReplyDelete
  3. yes2...nice dear..bab time dpt baby twinz 2 y best..heee....hope Cik Itam dpt cam 2 gak..hahah

    ReplyDelete
  4. best, gaya bahasa pon best..cme buat la heroin tu jenis yg jual mahal siket..hehe

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaaaaaa sangat teruja baca ni. satu satu ayat tak tinggal tahu! awk mmg berbakat la scha! ;)

    ReplyDelete
  6. sangat berterima kasih pada yg sudi komen.. :)

    ReplyDelete
  7. wooo dah start buat cerpen cam ni bagus lah....ade bakat rupenye kamu ni ye

    ReplyDelete
  8. saje suke2 . . x laa berbakat sangat.hehee :)

    ReplyDelete
  9. best...suke sgt bce sini...:) btw:awk mmg ada bakat la..

    ReplyDelete
  10. hahaha..memang hebat berkarya..hope t da abes baja ade pluang masok bidang penulisan..amiinn..=)

    ReplyDelete
  11. fuhh..peluh tiak bc smpai hbs. :) wah,best2. ;)

    ReplyDelete
  12. hahaha..fulamak pnjgggnye........kalah buku text cmtu..hahaha

    ReplyDelete
  13. asim : insya'allah.. amin2!

    abg stalker : ala kesian abg.. heeee, btw thnx yaa sudi luangkan msa baca :)

    zoul : hehee.. uish buku teks lg panjang laa.. :)

    ReplyDelete
  14. not bad lah citer cuma nnt kene buat perenggan taw...antara dialong n perenggan kene ade jarak..

    ReplyDelete
  15. shaza , xsgke lak kaw minat berkarya , dah lame kot aku cri geng sekepale dgn aku . rupenye housemate aku ade . . hope leh jd sahabat novelis . :)

    ReplyDelete