Hye u all... ha mesti u all ckp kan " cik scha nie rajin betul join benda alah nie..", hahaaa :D Sebenarnya da menjadi satu hobi plak join benda-benda nie . . mcm best jew . . heeee:) Act, tadak idea nak wat entry . . :P okayy back to the story, kali nie scha nak join cik bunny punya segmen .. dia cakap siapa idola anda? hahaaa . . idola? mesti ramai kan?? parents, family, frens n mcm-mcm laa bila cakap sal idola nie.. So, u all nak tawu x sapa idola scha?? Let's check it out!!
.
.
.
.
.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Okayy nie laa di antara idola scha selain mama scha. U all mesti ingat scha nie kaki politik kan? owh how come laa, scha mmg x minat langsung politik isu nie. Tapi why i choose him as my idol?? sbb scha mmg minat cara dia mentadbir MALAYSIA. Antara semua PM kat MAlaysia nie, he's the only one that i like it. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember 1925. Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC),Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
tulaa sbb apa scha jadikan dia sebagai idola scha!
:D
mak aih!!pnjg nyeeee... ^^,
ReplyDeleteheheheee :)
ReplyDeletebersyukur, ALLAH kurniakan kita, BELIAU :)
ReplyDeletealhamdulillah, tp syg dia da x jdi PM . .
ReplyDeleteNadh rasa terinspirasi dengan idola kamu..
ReplyDeletewahh.. terbaek la kamu. :)
Salam lawat, salam ziarah dari Nadh. Nak ucap selamat berblogging.. :)
Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)